![]() ![]() ![]() |
#10.Contest: PIDM Komik Komuniti Bijak Wang
Thursday, 27 September 2012 | 04:00 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Jom join pertandingan membuat komik komuniti bijak wang.Apa yang harus anda lakukan ialah buat satu muka surat sahaja komik yang menarik.
Contoh komik adalah seperti berikut: http://www.pidm.gov.my/downloads/comic_web.pdf
Syarat-Syarat Penyertaan:
1.Tema: PIDM dan Komuniti Bijak Wang.
2.Terbuka kepada semua pelajar 7-19 tahun.
3.Tarikh tutup penyertaan pada 06/Oktober/2012.
4.Penyertaan perlu diemelkan di areaszsmkaa@gmail.com
Hadiah untuk para pemenang adalah rm30!! Jangan lepaskan peluang~
#9.Contest: Slogan PIDM
| 03:59 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Pertandingan kali ini adalah mencipta slogan! Mudah sahaja kan?
Syarat-Syarat Penyertaan:
1.Tema: PIDM
2.Terbuka kepada semua
3.Tarikh tutup penyertaan pada 03/Oktober/2012.
Undi kami di Facebook!!
Saturday, 22 September 2012 | 00:36 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
#6. Contest: Jika saya?
Friday, 21 September 2012 | 06:48 | 0 candie blossom
Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Okay semua, entry ini berkaitan contest yang pertama kami anjurkan. Contest ini simple sahaja. Anda yang berminat nak join, cuma perlu sambungkan ayat ini:
Jika saya mempunyai wang yang banyak, saya akan ............................................... Syarat-syarat penyertaan: 1.Perkataan tidak melebihi 20 patah perkataan
2.Penyertaan haruslah dihantar sebelum 25 September 2012 (save the date!)
3.Penyertaan ini harus dihantar di email: areaszsmkaa@gmail.com 4.Hanya seorang pemenang kami pilih. Keputusan daripada pihak kami adalah muktamad.
Hadiah untuk para pemenang ialah:
...... .... .. .
RM 20!! Siapa cepat, dia dapat!! Hehe
Sesiapa yang ada kelapangan, dialu-alukan untuk menyertai. Ingat ayat anda mestilah kreatif! Moga berjaya. #5. Kepentingan Belanjawan Peribadi
Friday, 7 September 2012 | 08:48 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Adakah anda sudah mengetahui kepentingan mempunyai belanjawan peribadi? Jika belum, jom baca kepentingannya ^^
Merancang perbelanjaan mengikut pendapatan.
Individu perlu merancang perbelanjaan kerana pendapatan adalah terhad berbanding kehendak yang tidak terhad. Perbelanjaan perlu dilakukan mengikut pendapatan. Jika perbelanjaan melebihi pendapatan, beban hutang akan bertambah dan tabungan tidak dapat dilakukan.
Mendahulukan perbelanjaan penting.
Apabila individu merancang perbelanjaannya, ia dapat memberikan keutamaan terhadap barang-barang perlu terlebih dahulu. Secara tidak langsung ini dapat mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan kepuasan.
Menabung.
Apabila merancang perbelanjaan dan memastikannya kurang daripada pendapatan, individu dapat menabung bagi kegunaan pada masa kecemasan seperti kemalangan, sakit dan lain-lain.
Mengelakkan individu berhutang.
Melalui belanjawan peribadi, hutang dapat dielakkan kerana individu merancang perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan.
Mengelakkan inflasi.
Perbelanjaan terancang dapat mengelakkan inflasi. Apabil individu berbelanja tanpa dirancang, harga barangan akan naik kerana terlalu banyak permintaan berbanding dengan penawaran barang.
Semoga bermanfaat!
#4. Apa itu PIDM?
| 05:50 | 0 candie blossom
Assalamualaikum pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Kali ini berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan PIDM sebenarnya. :) Semua maklumat diambil daripada lawan sesewang PIDM sendiri.
Insurans deposit ialah sistem yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di institusi ahli sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli. Bank perdagangan dan bank Islam merupakan institusi ahli PIDM dan dikenali sebagai 'ahli penerima deposit' atau bank 'ahli'.
Di Malaysia, sistem insurans deposit berkuat kuasa pada September 2005 dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Manfaat kepada pendeposit
Manfaat kepada sistem kewangan
Sudah faham semuanya? :)
Untuk maklumat lanjut, layari lawan sesawang PIDM. click disini: http://www.pidm.gov.my/
#3. Video: 5 Cara Menabung
| 05:49 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Ayuh, pembaca sekalian! Luangkan sedikit masa anda untuk menonton langkah menabung yang kami peroleh daripada Youtube :) Semoga anda semua mendapat manfaat daripada video ini! #2. Tips: Transformasi Belanjawan Anda!
| 05:48 | 0 candie blossom
Assalamualaikum pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Entry kali ini berkaitan tips-tips untuk membantu anda membuat tabungan :) 1)mengenalpasti punca pendapatan 2)mencatatkan semua perbelanjaan 3)menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan(keperluan dan kehendak) 4)mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan semoga anda berjaya membuat belanjawan bijak! 1#.Projek Transformasi Belanjawan 1Malaysia
Thursday, 6 September 2012 | 06:04 | 0 candie blossom
Assalamualaikum pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Untuk entry pertama, kami ini berkongsi apa tujuan blog ini diwujudkan secara jelas. SMK Agama Arau,Perlis telah menyertai pertandingan Projek MoneySmart 2012 anjuran pihak Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(PIDM) dan telah layak ke peringkat separuh akhir setelah berjaya menguruskan projek 'Wang Masuk U' di peringkat sekolah pada peringkat suku akhir. Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah terutama guru-guru kami kerana terus menyokong usaha kami ini. Jadi, di peringkat separuh akhir kami perlu menguruskan projek 'Transformasi Belanjawan 1Malaysia' di peringkat masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah: 1.Kempen Ukur Baju Di Badan Sendiri 2.Telematch PIDM 3.Kuiz: Malaysia, Jom Bijak Wang! 4.Blog Transformasi Belanjawan 1Malaysia 5.Pemberian Tabung: Bank-A-Nator secara percuma. Pelbagai info dan pertandingan akan kami anjurkan di laman blog ini secepat mungkin. Moga-moga kami terus dapat sokongan daripada pihak anda! Terima Kasih. |