![]() ![]() ![]() |
1#.Projek Transformasi Belanjawan 1Malaysia
Thursday, 6 September 2012 | 06:04 | 0 candie blossom
Assalamualaikum pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Untuk entry pertama, kami ini berkongsi apa tujuan blog ini diwujudkan secara jelas. SMK Agama Arau,Perlis telah menyertai pertandingan Projek MoneySmart 2012 anjuran pihak Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(PIDM) dan telah layak ke peringkat separuh akhir setelah berjaya menguruskan projek 'Wang Masuk U' di peringkat sekolah pada peringkat suku akhir. Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah terutama guru-guru kami kerana terus menyokong usaha kami ini. Jadi, di peringkat separuh akhir kami perlu menguruskan projek 'Transformasi Belanjawan 1Malaysia' di peringkat masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah: 1.Kempen Ukur Baju Di Badan Sendiri 2.Telematch PIDM 3.Kuiz: Malaysia, Jom Bijak Wang! 4.Blog Transformasi Belanjawan 1Malaysia 5.Pemberian Tabung: Bank-A-Nator secara percuma. Pelbagai info dan pertandingan akan kami anjurkan di laman blog ini secepat mungkin. Moga-moga kami terus dapat sokongan daripada pihak anda! Terima Kasih. |