|
#12.Menabung
Friday 19 October 2012 | 03:56 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Menabung adalah cara terbaik! Jom tengok video kat bawah. Semoga anda semua mendapat manfaat darinya :) #11.Contest: Kuiz PIDM
Tuesday 2 October 2012 | 06:46 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Soalan kuiz PIDM
1.Apakah fungsi PIDM? 2.Berikan dua bank yang berada dibawah perlindungan PIDM. 3.Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan peribadi yang sistematik?
Syarat-Syarat Penyertaan:
1.Terbuka kepada semua
3.Tarikh tutup penyertaan pada 07/Oktober/2012.
4.Penyertaan perlu diemelkan di areaszsmkaa@gmail.com
Hadiahnya ialah RM20!! ^^
#10.Contest: PIDM Komik Komuniti Bijak Wang
Thursday 27 September 2012 | 04:00 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Jom join pertandingan membuat komik komuniti bijak wang.Apa yang harus anda lakukan ialah buat satu muka surat sahaja komik yang menarik.
Contoh komik adalah seperti berikut: http://www.pidm.gov.my/downloads/comic_web.pdf
Syarat-Syarat Penyertaan:
1.Tema: PIDM dan Komuniti Bijak Wang.
2.Terbuka kepada semua pelajar 7-19 tahun.
3.Tarikh tutup penyertaan pada 06/Oktober/2012.
4.Penyertaan perlu diemelkan di areaszsmkaa@gmail.com
Hadiah untuk para pemenang adalah rm30!! Jangan lepaskan peluang~
#9.Contest: Slogan PIDM
| 03:59 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Pertandingan kali ini adalah mencipta slogan! Mudah sahaja kan?
Syarat-Syarat Penyertaan:
1.Tema: PIDM
2.Terbuka kepada semua
3.Tarikh tutup penyertaan pada 03/Oktober/2012.
Undi kami di Facebook!!
Saturday 22 September 2012 | 00:36 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
#6. Contest: Jika saya?
Friday 21 September 2012 | 06:48 | 0 candie blossom
Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)
Okay semua, entry ini berkaitan contest yang pertama kami anjurkan. Contest ini simple sahaja. Anda yang berminat nak join, cuma perlu sambungkan ayat ini:
Jika saya mempunyai wang yang banyak, saya akan ............................................... Syarat-syarat penyertaan: 1.Perkataan tidak melebihi 20 patah perkataan
2.Penyertaan haruslah dihantar sebelum 25 September 2012 (save the date!)
3.Penyertaan ini harus dihantar di email: areaszsmkaa@gmail.com 4.Hanya seorang pemenang kami pilih. Keputusan daripada pihak kami adalah muktamad.
Hadiah untuk para pemenang ialah:
...... .... .. .
RM 20!! Siapa cepat, dia dapat!! Hehe
Sesiapa yang ada kelapangan, dialu-alukan untuk menyertai. Ingat ayat anda mestilah kreatif! Moga berjaya. #5. Kepentingan Belanjawan Peribadi
Friday 7 September 2012 | 08:48 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Adakah anda sudah mengetahui kepentingan mempunyai belanjawan peribadi? Jika belum, jom baca kepentingannya ^^
Merancang perbelanjaan mengikut pendapatan.
Individu perlu merancang perbelanjaan kerana pendapatan adalah terhad berbanding kehendak yang tidak terhad. Perbelanjaan perlu dilakukan mengikut pendapatan. Jika perbelanjaan melebihi pendapatan, beban hutang akan bertambah dan tabungan tidak dapat dilakukan.
Mendahulukan perbelanjaan penting.
Apabila individu merancang perbelanjaannya, ia dapat memberikan keutamaan terhadap barang-barang perlu terlebih dahulu. Secara tidak langsung ini dapat mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan kepuasan.
Menabung.
Apabila merancang perbelanjaan dan memastikannya kurang daripada pendapatan, individu dapat menabung bagi kegunaan pada masa kecemasan seperti kemalangan, sakit dan lain-lain.
Mengelakkan individu berhutang.
Melalui belanjawan peribadi, hutang dapat dielakkan kerana individu merancang perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan.
Mengelakkan inflasi.
Perbelanjaan terancang dapat mengelakkan inflasi. Apabil individu berbelanja tanpa dirancang, harga barangan akan naik kerana terlalu banyak permintaan berbanding dengan penawaran barang.
Semoga bermanfaat!
|