![]() ![]() ![]() |
#5. Kepentingan Belanjawan Peribadi
Friday, 7 September 2012 | 08:48 | 0 candie blossom
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua! Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog kami :)Adakah anda sudah mengetahui kepentingan mempunyai belanjawan peribadi? Jika belum, jom baca kepentingannya ^^
Merancang perbelanjaan mengikut pendapatan.
Individu perlu merancang perbelanjaan kerana pendapatan adalah terhad berbanding kehendak yang tidak terhad. Perbelanjaan perlu dilakukan mengikut pendapatan. Jika perbelanjaan melebihi pendapatan, beban hutang akan bertambah dan tabungan tidak dapat dilakukan.
Mendahulukan perbelanjaan penting.
Apabila individu merancang perbelanjaannya, ia dapat memberikan keutamaan terhadap barang-barang perlu terlebih dahulu. Secara tidak langsung ini dapat mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan kepuasan.
Menabung.
Apabila merancang perbelanjaan dan memastikannya kurang daripada pendapatan, individu dapat menabung bagi kegunaan pada masa kecemasan seperti kemalangan, sakit dan lain-lain.
Mengelakkan individu berhutang.
Melalui belanjawan peribadi, hutang dapat dielakkan kerana individu merancang perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan.
Mengelakkan inflasi.
Perbelanjaan terancang dapat mengelakkan inflasi. Apabil individu berbelanja tanpa dirancang, harga barangan akan naik kerana terlalu banyak permintaan berbanding dengan penawaran barang.
Semoga bermanfaat!
|